Saturday, 13 December 2014

BBM3410 (BAHASA DALAM MULTIMEDIA) ONE SHOT VIDEO



Selamat pagi semua warga blogger, hokey hari ini nak post videolah bagi memenuhi subjek kursus (BBM3410). Buat pertama kalinya kena buat video, memang tak tahu skill langsung, nak katakan.. tak pandailah dari segi serba serbi ni. Tapi Alhamdulilah walaupun ada banyak kekurangan tapi enjoy tahap hottt sebab dapat hasilkan satu video.. Jomlah kita saksikan bersama2, semoga terhibur!!!




Haaa inilah video pertama yang dihasilkan oleh kumpulan saya, SRIKANDI. Idea ini kami sama2 hasilkan daripada one shot video "Gadis dan Bunga" yang dinyanyikan oleh Rahimah Rahim. Nampak mudah kan.. tapi nak hasilkan satu video, seminggu kot nak fikir.. haaa renung2kan, semoga memberi manfaat..


"Salam satu Malaysia"

BBM3410 KALENDAR 2015

Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga siapakan tugasan kalendar 2015, bimbingan daripada prof. Madya. Dr. Normaliza Abd. Rahim dan juga  kepada en. Iksan, En. Faz dan kak Ika.. Apa pun ini satu pengalaman yang manis untuk dikenang sebagai seorang pelajar tahun akhir. sangat mencabar!! kau adaaa, gitu kann...

 Meh sini, saya belanja you all tengok kalendar 2015 yang dah siap, penat giler kentang nak hasilkan, tapi akhirnya !!!
















Inilah hasil sentuhan saya sendiri..harap di masa akan datang, bolehlah dipraktiskan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.. sekian, jumpa lagi..




Monday, 1 December 2014

Dr. Notts jalan-jalan cari makan!!

Hokey hari ni nak update pasal makanan korean lak.. walaupun tak la minat sangat tapi boleh la nak share sikit makanan yang popular di korea. Kalau nak pergi korean, memang x dapat den kan..jauh tu  macam la korea tu kat hujung dunia!!

kalau you all nak tahu memang banyak makanan korea yang enak-enak!! kalau nak tahu sedap ke x? try la kannn...
 

ni salah satu tempat makanan yang ala-ala  korea, sape2 yang nak rasa jom pakat-pakat pergi ~ 
famous la gak
SEOUL GARDEN

 


  


O.K now nak bagi tips yang berilmu kepada sesiapa yang berminat dan nak try rasa makanan korea macam mana?? boleh lee terjahh kat sini....

        Soelleongtang

 Ini adalah Sup Soelleongtang yang popular di korea. makanan ini merupakan menu yang banyak disajikan di kebanyakan restoren di korea. Bahan masakan ini daripada tulang sapi (kaki atau buntut sapi). proses merebus pula memerlukan waktu yang lama agar semua kalsium terlepas dan sampai tulangnya berwarna putih yang khas. Bukan hanya tulang sahaja dalam menu ini, terdapat juga potongan daging sapi dan lobak yang dicampur di dalamnya. Biasanya sup ini dibuat pada musim dingin dan dibuat dalam jumlah yang besar. Semangkuk seolleongtang memiliki kandungan 540 kcal energi, 25 gram protein, 12 gram lemak, 28 gram karbohidrat dan juga diperkaya dengan vitamin A (57 RE), vitamin C (11 mg), dan kalsium (45 mg.


 Kimchi

Inilah namanya Kimchi yang diperbuat daripada kubis yang dibalut dengan campuran serbuk cabai, bawang putih, daun bawang, bawang merah dan jus buah pir. Kimchi ini kalau tengok memang tak menarik kan?? tapi rasanya sangat sedap!! sedap macam mana 2 kena la rasa dulu kan.. copypast je!!

  

                                            Japchae                                                    Jjampong
                    
 
          bulgogi           



Japchae merupakan makanan berupa sohun yang dicampur dengan pelbagai jenis sayur dan daging sapi. bahan-bahan untuk buat seperti daging sapi dan sayur selain menggunakan bawang putih, kicap asin dan gula pasir ditumis bersama dengan minyak wijen bersama daging sapi. kemudian tumis secara berasingan untuk mempertahankan aroma dan rasa. akhir sekali gaul bersama minyak bijan, irisan cili dan bijan.

Jjampong ini pulak adalah sup mie pedas dengan campuran seafood, daging dan sayuran. Biasanya Jjampong dibuat dengan bawang dan cabai dalam sup. seafood yang digunakan adalah cumi- cumi, kerang dan udang. makanan ini juga terkenal di korea mahupun di negara lain. wahhh hebatkan makanan korea ini tapi tak boleh lee nak tandingi makanan masakan Melayu di Malaysia!!!

Makanan bulgogi ini pulak merupakan menu yang dikenali oleh semua orang. Biasanya makanan ini daripada irisan daging sapi yang dicelupkan dalam saus yang dibuat daripada jus buah pir, bawang putih, kicap dan rasanya seperti daging lembut yang manis.






                                                                           ais cream    
                                                         tadaaa inilah Bingsu.. sedapkan


boleh je rasa.. tapi sekali rasa mesti nak lagi kannnnnn??  Bingsu ni kalau you all nak tahu boleh je pilih buah-buahan ikut fovourite la katakan..  memang best, rasalah..den pun tak dak nak rasa agi.

banyak tak makanan korea yang den dah kongsi dengan you all semua, harap-harap dapat memberikan ilmu yang bermanafaat pada petang ini.

haaaa cakap pasal ni, teringat lak den nak komen pasal dr. Nott punya cerita.. rasanya da lama agaknya dr. Notts tu duduk korea sampai makanan korean pun boleh jadi citer favourite dia tu. Mula-mula dengar citer dr. Notts 2 macam pelik pun ada..ada ke sotong boleh makan hidup2??? tapi last2 tergelak jugak!! dr. Notts buat lawak.. hahaa3## tapi inikan satu pengalaman, tak semua orang  boleh makan sotong hidup2 macam dr. Notts kan.. pape pun dr.Notts you are the best teacher!! Terbaik..


Hokey sampai kat sini je la citer.. kejap lagi nak pergi kelas kritikan..sempat lak nak post benda2 nie semua.. x pe la..redha je lah


miss this moment!! jumpa lagi.